Sekalung tahniah! Lohappriya Manisegaran wanita India-Malaysia yang pertama jadi juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia

 

Gambar: Facebook Tentera Udara Diraja Malaysia 


Tahniah buat Lohappriya Manisegaran


Beliau adalah seorang wanita India-Malaysia, yang namanya kini menjadi trending di media sosial kerana menjadi wanita pertama sebagai juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Gambar: Facebook Chandran Periasamy


Lohappriya dari Klang merupakan salah seorang daripada 38 pelatih yang diraikan pada Majlis Penyampaian Sayap Penerbangan bagi Kursus Asas Penerbangan Siri 81/18 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 60/18 di Dewan Aeroangkasa, Kolej Tentera Udara (KTU), Kepala Batas di Alor Setar pada 9 Oktober lalu.


Menurut kenyataan TUDM, daripada 38 orang itu, lapan adalah juruterbang pejuang, 15 adalah bakal juruterbang dan 15 adalah juruterbang helikopter. Kesemua mereka akan berkhidmat dalam tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Pada tahun 2018, beliau berjaya menamatkan ijazahnya dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Berikutan itu, beliau diberi penghormatan oleh Sultan Muhammad V, Yang di-Pertuan Agong ke-15.


Menurut Lohappriya, ia merupakan perjalanan hampir enam tahun yang menunjukkan beliau dihadiahkan sijil tauliah sebagai Pegawai Kadet UPNM di Kem Perdana, Sungai Besi di Kuala Lumpur.


Gambar: Facebook Lohappriya Manisegaran

Lohappriya, berpangkat Leftenan, kini menjadi juruterbang TUDM.


Malah, Lt Lohappriya merupakan wanita pertama Malaysia-India yang menjadi juruterbang TUDM.


Lt Lohappriya berkongsi gambarnya menerima Sayap Emas di profil Facebook peribadinya.




Ramai rakyat Malaysia telah mengucapkan tahniah kepada beliau.


Syabas dan Tahniah!Lt Lohappriya Manisegaran, Wanita India Malaysia yang Pertama menjadi Juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia TUDM.Credit to: Parthiban Al Muniandy pic.twitter.com/DUgoV7S8J6

— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) October 10, 2020


I don't know her but I am proud of her achievement, as a Malaysian and as a woman. Congratulations Lt Lohappriya Manisegaran on your achievement of becoming the first Indian Lady Pilot in the Royal Malaysian Air Force. pic.twitter.com/S5V6kGoyTu

— Alawiyah Yussof (@AlawiyahYussof) October 10, 2020



Post a Comment

0 Comments