Uqasha Senrose & Kamal Adli Selamat Timang Anak Sulung



Uqasha Senrose tengah hari tadi telah berkongsikan berita gembira buat peminat-peminatnya kerana dia telah selamat melahirkan anak sulungnya iaitu seorang bayi perempuan dengan berat 2.72-kilogram pada 27 April 2024.


Uqasha menerusi Instagram memuat naik gambarnya bersama bayinya sedang berada di hospital beserta kapsyen, ‘Alhamdulillah selamat melahirkan my little princess subuh tadi’.




Menerusi perkongsian di Instagram Uqasha juga, difahamkan bayi perempuan sulungnya itu telah diberi nama Uqaira.


Rata-rata warganet juga membanjiri ruangan komen di Instagram Uqasha untuk mengucapkan tahniah kepada Uqasha dan Kamal Adli kerana telah menimang cahaya mata pertama mereka.


Sumber: Lobak Merah

Post a Comment

0 Comments