(Tonton) - Tayangan Perdana - Siri Drama 'Perempuan Itu'

 



Tonton Drama

Perempuan Itu merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Ain Sharif di bintangi oleh Mimi Lana, dan Zul Aiffin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Tonton bermula 1 Jun 2023.


Sinopsis

Ibu bapa Khalish mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita.

Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir. Walaupun pada mulanya Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya.

Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira.


Pelakon utama
  • Mimi Lana sebagai Khalish
  • Zul Ariffin sebagai Emir
  • Siti Hariesa sebagai Seira
  • Amar Asyraf sebagai Aryan
Penampilan khas
  • Eman Manan sebagai Ustaz Salahudin
  • Norish Karman sebagai Ustazah Khafila
  • Aleeza Kasim sebagai Farisha
  • Ismail Yaacob sebagai Ustaz Abizar
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Musalmah
  • Erma Fatima sebagai Ibu Kartika









Post a Comment

0 Comments