Pemburu Rahsia Episod 2

  


Seorang gadis, Marissa Damia Nordin, seorang pempengaruh di media sosial telah ditemui mati di kawasan sebuah kolej. Mangsa dikatakan telah membunuh diri dan telah terjun daripada tingkat 7 bangunan kolej berkenaan. Sebelum membunuh diri, mangsa dikatakan sempat membuat 'live' di laman media sosialnya dalam keadaan menangis.

Pemergiannya secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak. Punca depresi Damia juga menjadi tanda tanya. Kakak Damia, Aliya, telah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia demi mencari jawapan bagi persoalan ini.

Tidak lama kemudian, Aliya telah menerima mesej dari sebuah akaun misteri di Instaspace yang menjadi petunjuk kepada kes ini. Pengguna tersebut telah mendedahkan tentang lima orang pelajar kolej yang telah lama membuli Damia dalam alam siber.

Aliya berpendapat bahawa mereka ini perlu bertanggungjawab. Dipacu rasa kasih seorang kakak, Aliya nekad untuk membuktikan bahawa kelima-lima pelajar tersebut bersalah atas kematian adiknya. Dia telah dibantu oleh Sir Waiz yang merupakan kaunselor.

Namun, dalam perjuangannya untuk Damia, dia tidak sedar bahawa terdapat seseorang yang sentiasa memerhati dan mengancam nyawanya. Berjayakah Aliya menuntut keadilan buat adiknya?


Pemburu Rahsia

Episod: 15

Tarikh Tayangan: 5 September 2023

Waktu Siaran: Isnijn - Khamis, 10.00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton

Penulis Skrip: Marr Mohamad

Pengarah: Feroz Kader

Produksi: Zeei Production

Lagu Tema: (OST): Pemburu Rahsia - Rahmad Mega


Tonton Episod 2

Episod 3: Pemburu Rahsia


Post a Comment

0 Comments