Klip video raya: SKMM rakam percakapan Aliff Syukri


Cyberjaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam percakapan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya, hari ini.


SKMM berkata, rakaman percakapan ini adalah susulan aduan yang diterima oleh SKMM berhubung kandungan video teaser Hari Raya yang dimuat naik usahawan kosmetik berkenaan.


Menurutnya, setelah kertas siasatan siap, ia akan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.


"Klip video raya yang dimuat naik di platform media sosial beliau dilihat sebagai kandungan yang bersifat jelik yang boleh melanggar peruntukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].




"Ini termasuk Seksyen 233 yang melarang pembuatan dan penghantaran komunikasi yang antara lain, bersifat jelik, lucah atau sumbang dengan niat untuk menyakitkan hati atau mengganggu orang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 588].


"Jika sabit kesalahan, individu boleh dihukum denda maksimum RM50,000, atau penjara maksimum satu tahun, atau kedua-duanya sekali.


"Pegawai penyiasat menyita kad sim dipercayai milik suspek serta satu unit telefon bimbit yang telah digunakan untuk memuat naik video," katanya.


Kredit: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments