'Doakan pengawal peribadi saya'

 


Kuala Lumpur: Pengawal peribadi kepada wanita yang ditembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi hari ini dilapor parah.


Wanita itu dikenali Farah Md Isa atau Farah Cie memaklumkan demikian dalam hantaran di media sosial.


Berita berkaitan: Isteri pengawal peribadi tak sangka suami ditembak pada bulan Syawal

Berita berkaitan: Kejadian tembak di KLIA bersifat peribadi - Polis

Berita berkaitan: 'Saudara Hafizul... serah diri dengan aman' - Polis

Berita berkaitan: Kes tembak KLIA: Pengawal peribadi ditembak terpaksa ditidurkan


"Pengawal peribadi saya sedang kritikal di hospital, mohon doa semua," katanya.


Dia turut memberitahu ada orang melepaskan tembakan yang mengena pengawal peribadi itu dan laporan polis sudah dibuat.


"Kenyataan rasmi akan dikeluarkan nanti," katanya.


Terdahulu Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian berlaku di Balai ketibaan KLIA Terminal 1, dengan suspek sudah dikenal pasti dan kini dalam buruan.


Beliau juga menolak sebarang unsur ekstremis, isu pengganas mahupun gangguan awam lain sebaliknya, insiden bermotif peribadi iaitu perselisihan antara suami isteri.

Post a Comment

0 Comments