Ayu Raudah semakin jelita mengandung anak ke 7, komen Che Ta - “Tengok saja mengandung teruih”

 



Meninjau akaun Tiktok Rosix Omar, telah dikongsikan satu video yang memperlihatkan Rosix berjumpa Che Ta dan adik beradiknya, Ayu Raudhah dan Datin Rohaiza. Adik-adik Che Ta ini sememangnya memiliki kecantikan yang sama seperti kakak mereka.




Apa yang menarik adalah penampilan terkini Ayu. Semakin jelita dan manis, rupa-rupanya Ayu sedang hamil anak ke 7. Diam-diam sahaja Ayu ni, bakal bertambah ahli keluarga baru lagi. Bak kata Datin Rohaiza, Ayu yang terpaling productive dalam adik beradik mereka.




Komen warganet, seperti baru sahaja membaca berita Ayu bersalin baru-baru ini, sekarang sudah hamil semula. Murah rezeki Ayu, mana tahu boleh dapat 11 orang anak, cukup team bola sepak bak kata Rosix. Rosix juga sempat menyakat Che Ta dengan mengatakan selepas ini giliran Che Ta pula untuk mendapat baby.


VIDEO :

@rosixomar25 Citer sini hbs sini! Open house @ROZITA CHE WAN #rosixomar #rozitachewan #openhouse ♬ original sound - Rosixomar


Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 29 ribu tanda suka. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :


” Aku rasa mcm baru tgk ayu raudhah bersalin.. eh ni ada isi lagi? Murah Rezeki sungguhh.. Baik la ayu, mmg ibu yg hebat laa dah nk masuk 7 anak dia bukan senang.. ”


” Mengandung lepas tu takder alahan dan mudah bersalin.. tu yang kerap lekat tu.. rezeki ayu. makin berseri-seri tau mak buyung ni.. ”


” 7 dah anak dia ye, sukanya anak ramai.. adoi dulu aku crush g1ler dengan ayu ni. zaman muda dulu dah macam orang arab, sumpah lawa.. ”


” Ya Allah.. ayu raudhah prgnnt lagi… tabah Nye jaga anak rmai.. kck kck plak tu ank anak nya.. bgus dia ni.. boleh bg motivasi pd para ibu yg takot nk anak rmai. ak nk msok 3 ni pon Risau xle jaga emosi.. ”


” Hahaha macam cikgu sekolah selalu mengandung, ayu raudah mengandung pun maintain lawo.. Gelak je ayu ni, cantik sangat dia dari dulu lagi.. manis.. ”


” Adik beradik che ta gelak sepesen je hehe. lawa-lawa semua.. tapi betul la…. dok tgk Ayu raudhah pregnant… mcm eh bukan dh bersalin ka Hari tu. rezeki anak ramai sungguh ayu.. ”


” Ayu pregant lagi ke.. Rezeki Alhamdulillah.. tu dia produktif no.. hahahah.. rezeki dia anak ramai.. jrg org lani nk ank rmai walaupun kayo.. dasyat ayu.. taniah.. murah rzki.. ”


Alhamdulillah bukan semua orang boleh mendapat rezeki seperti Ayu ni. Makin bertambah anak, semakin cantik pula Ayu. Semoga segala urusan Ayu sepanjang kehamilan dan proses melahirkan nanti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, Insha Allah.




Kredit: Berita Kopak

Post a Comment

0 Comments